March 29, 2008

Main bola bukannya susah



Saya suka bermain bola. Sejak dibangku sekolah lagi. Memori saya kembali mengingati ketika saya di darjah 2 di Sek. Keb Ngee Heng. Ayah saya melarang saya bersukan kerana penyakit asthma yang saya ada. Bayangkan betapa bosannya saya berada di tepi padang sambil memperhatikan rakan-rakan bermain dengan seronoknya. Ia berlaku setiap kali pendidikan jasmani dan selama setahun! Darjah 3-6 pindah sekolah ke Sek Keb LKTP Air Tawar 5. Duduk dengan atuk. Hoorey! Jauh dari ayah, boleh main bola. Saya masih ingat, semasa di darjah 3, masa waktu rehat main bola, tapi sebab takda bola, sepak limau nipis, main sampai baju semua basah bermandi peluh. Darjah 5, main bola kat padang, lepas hujan, tergelincir jatuh dalam lopak. Habis badan semua bercoklat. Balik lambat, sebab nak bersih dan keringkan baju, takut atuk marah. Sekolah rendah memang best!

Sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ). Disini (form 1-3) saya berjumpa dengan golongan yang sangat passionate bermain bola. Saya tidaklah berapa hebat bermain, jadi saya berasa amat kerdil. Biasanya golongan sederhana ini tidak dipandang sangat. Siapa main bola dia tau. Again in Smap Labu (form 4-5). Tak turun padang waktu petang. Tak riadah, rugikan?

Now in Melbourne, hey,kat sini lain la! Main bola ada galakan, ada support, takda marah-marah kalo salah passing, tak semestinya pass bola kat orang yang 'terer' main je, xde skill pon xpe asalkan ada kaki boleh sepak bola, tiada istilah kaki bangku dan yang paling penting skali ada perisa ukhuwwah!. Kembali bersemangat main bola. Seronok nak main bola petang-petang. Belajar mencipta skill2..hehe. Orang Melbourne! Jom turun Princes Park! kol 6.30 sharp! Macam ni la best. Baru boleh bawa sukan kita ke antarabangsa, bukan sekadar permainan sahaja yang ingin ditonjolkan tetapi nilai-nilai akhlak mulia sekali kita boleh bawa.

Siapa yang tengok bola, tapi x main bola lagi la malang. Saya pon tak faham jenis golongan ni. Apa ntah liga-liga yang famous tuh? EPL? Serie A? Champions League? ermm..hebat diorang ni tgk bola sampai puja-puja pemain dan bercerita bola lebih hebat dari memuji Allah dan bercerita tentang kisah sirah nabi dan sahabat yang hebat. Saya kengkadang tgk bola gak sekadar nak cari skill baru : P. Tau tgk bola je, tapi tak main bola alamak x bestnya. Rugi! Lembik! Bukankah Rasulullah s.a.w suka mukmin yang kuat tubuh badan dan sihat? Maka saya menyeru semua untuk beriadah tiap-tiap hari. 15minit sudah memadai. Mari kita berkempen!

Tapi.... sekarang kaki sakit. Dah sebulan lebih tak baik2. Mesti ada something wrong nih. Ermm..kene jumpa doktor cepat. Ya Allah sembuhkan kakiku cepat semoga dapat kembali bermain dengan rakan-rakan.

March 18, 2008

Bahtera Penyelamat - A New Beginning

Kebiasaan musim cuti summer di Australia, saya akan pulang ke Malaysia. Telinga saya kerap-kali mendengar suasana di Australia sangat ideal untuk proses pentarbiyahan diri berjalan. Memang saya akui akan kebenarannya. Medan sebenar kita adalah Malaysia. Kita akan diuji disana. Ya, betul! Saya diuji. Saya cuba bertahan, tapi seringkali pertahanan saya jebol. Saya berharap ada orang yang akan sms, call atau e-mail. Setelah 2 minggu (summer 2007) ada satu panggilan. Jom!!! Saya tempah tiket segera. Keluar dari 'comfort zone'. Rumah saya membelenggu saya dengan rantaian nafsu. Nekad untuk keluar rumah, tak boleh lama-lama duduk rumah. Lagipun, saya memang sering dapat 'lampu hijau' dari family. Apa tunggu lagi esok juga naik bas, berangkat.

Dalam bas termenung sendirian (muhasabah). Oh! inilah dia bahtera penyelamat saya. Saya menuju kearah satu suasana yang dapat menyelamatkan saya. Lautan dunia sangat bergelora. Saya perlukan satu suasana yang ada-ada kawan-kawan yang sering mengingatkan. Seperti saya, mereka juga adalah penumpang bahtera penyelamat. Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan bahtera penyelamat (2005 penuh kenangan manis). Bahtera penyelamat yang menuju ke arah ' الله غا يتنا ' - 'Allah matlamat kami'.

Terfikir juga sejenak mengenai satu peristiwa di dalam lipatan sejarah nabi-nabi. Kisah nabi Nuh a.s dan anaknya. Nabi Allah Nuh a.s atas perintah Allah membina sebuah bahtera. Itulah dia bahtera penyelamat di kala zaman tersebut. Terkumpul orang-orang beriman dan bermacam-macam pasang haiwan di atasnya. Lalu, bala Allah menimpa seluruh penduduk bumi yang tidak beriman. Termasuk juga anaknys nabi Nuh a.s. Sifat kebapaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ke atas Nabi Nuh a.s telah menggerakkan hatinya untuk memanggil anaknya yang ketika itu sedang ternggelam timbul dilambung ombak. naik keatas bahtera tersebut.

Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya, sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: "Hai anakku, naiklah (ke kapal) bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir [Huud:42]

Tetapi anak nabi Nuh a.s tetap bersikeras untuk berenang ke arah sebuah gunung.

Anaknya menjawab: "Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang." Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan. [Huud:43]

Lalu, nabi Nuh a.s berdoa kepada Allah s.w.t semoga anaknya diselamatkan oleh Alllah s.w.t dari azab pada hari itu...

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya."[Huud:45]

tapi Nabi Nuh A.s diherdik oleh Allah s.w.t....

Allah berfirman: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya (perbuatan)nya perbuatan yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepada-Ku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakekat)nya. Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan." [Huud:46]

Alangkah ruginya anak Nabi Nuh a.s kerana tidak menaiki bahtera penyelamat pada hari itu.

Juga terlarut saya dalam mengingati tragedi kapal titanic, dimana manusia berpusu-pusu berebut untuk menaiki bahtera penyelamat yang terhad jumlahnya ketika itu. Malangnya hanya kelas atasan yang diberi keutamaan menaiki bahtera-bahtera tersebut. Indahnya Islam menghapuskan sistem kelasan dikalangan manusia. Mereka yang hebat disisi Allah s.w.t hanyalah orang-orang yang bertakwa.

ان أكرمكم عند الله أتقــكم

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.[Al-Hujuraat:13]

Sangat beruntungkan? jika menemukan bahtera penyelamat ketika hayat dunia ni?
Bahtera penyelamat di zaman ini yang saya gambarkan adalah 'pemahaman islam yang syumul'.
Semoga saya kekal di atas bahtera penyelamat ini hingga akhir hayat...
wassalam

February 18, 2008

Satu Langkah Dalam Beribu

Sudah lama saya berhajat untuk menulis blog. Since pertengahan tahun lepas. Allah sebagai saksi, dan juga, rakan saya, seorang pemuda, sebagai saksi percakapan saya di IT Center. Ketika itu saya menceritakan kepentingan blog dalam menyampaikan fikrah atau ideologi islam dan juga sebagai wasilah dakwah. Tetapi disebabkan ketiadaan masa atau bahasa lembutnya tidak mencari masa untuk menulis kerana malas, dia terlebih dahulu ada blog dari saya. Oh, alangkah hebatnya tamparan al-Quran terhadap saya.

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? [Ash-Shaff:2]

Hari ini, alhamdulillah. Ada hayat, ada kesempatan, langkah bermula dan waktu, masih banyak…