March 29, 2008

Main bola bukannya susah



Saya suka bermain bola. Sejak dibangku sekolah lagi. Memori saya kembali mengingati ketika saya di darjah 2 di Sek. Keb Ngee Heng. Ayah saya melarang saya bersukan kerana penyakit asthma yang saya ada. Bayangkan betapa bosannya saya berada di tepi padang sambil memperhatikan rakan-rakan bermain dengan seronoknya. Ia berlaku setiap kali pendidikan jasmani dan selama setahun! Darjah 3-6 pindah sekolah ke Sek Keb LKTP Air Tawar 5. Duduk dengan atuk. Hoorey! Jauh dari ayah, boleh main bola. Saya masih ingat, semasa di darjah 3, masa waktu rehat main bola, tapi sebab takda bola, sepak limau nipis, main sampai baju semua basah bermandi peluh. Darjah 5, main bola kat padang, lepas hujan, tergelincir jatuh dalam lopak. Habis badan semua bercoklat. Balik lambat, sebab nak bersih dan keringkan baju, takut atuk marah. Sekolah rendah memang best!

Sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor (SMAKJ). Disini (form 1-3) saya berjumpa dengan golongan yang sangat passionate bermain bola. Saya tidaklah berapa hebat bermain, jadi saya berasa amat kerdil. Biasanya golongan sederhana ini tidak dipandang sangat. Siapa main bola dia tau. Again in Smap Labu (form 4-5). Tak turun padang waktu petang. Tak riadah, rugikan?

Now in Melbourne, hey,kat sini lain la! Main bola ada galakan, ada support, takda marah-marah kalo salah passing, tak semestinya pass bola kat orang yang 'terer' main je, xde skill pon xpe asalkan ada kaki boleh sepak bola, tiada istilah kaki bangku dan yang paling penting skali ada perisa ukhuwwah!. Kembali bersemangat main bola. Seronok nak main bola petang-petang. Belajar mencipta skill2..hehe. Orang Melbourne! Jom turun Princes Park! kol 6.30 sharp! Macam ni la best. Baru boleh bawa sukan kita ke antarabangsa, bukan sekadar permainan sahaja yang ingin ditonjolkan tetapi nilai-nilai akhlak mulia sekali kita boleh bawa.

Siapa yang tengok bola, tapi x main bola lagi la malang. Saya pon tak faham jenis golongan ni. Apa ntah liga-liga yang famous tuh? EPL? Serie A? Champions League? ermm..hebat diorang ni tgk bola sampai puja-puja pemain dan bercerita bola lebih hebat dari memuji Allah dan bercerita tentang kisah sirah nabi dan sahabat yang hebat. Saya kengkadang tgk bola gak sekadar nak cari skill baru : P. Tau tgk bola je, tapi tak main bola alamak x bestnya. Rugi! Lembik! Bukankah Rasulullah s.a.w suka mukmin yang kuat tubuh badan dan sihat? Maka saya menyeru semua untuk beriadah tiap-tiap hari. 15minit sudah memadai. Mari kita berkempen!

Tapi.... sekarang kaki sakit. Dah sebulan lebih tak baik2. Mesti ada something wrong nih. Ermm..kene jumpa doktor cepat. Ya Allah sembuhkan kakiku cepat semoga dapat kembali bermain dengan rakan-rakan.

0 comments: